Wednesday, April 22, 2009

SURAH AL-FATIHAH DAN KEISTIMEWAANNYA (April/siri 2)

WADAH NUR FADZILAT BAKA KEDAH
BIL 5/2009
"SURAH AL-FATIHAH"
SURAH AL- FATIHAH DAN KEISTI MEWAANNYA





Para ulama’ berpendapat bahawa surah Al-Fatihah adalah surah paling mulia yang pernah diturunkan kepada umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud:
“Aku telah diberikan Fatihatul Kitab (surah Al-Fatihah) dari bawah Arasy Allah S.W.T”.
Surah Al-Fatihah ini antara lain memulia, memuji dan mengagungkan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t, mengingatkan kita tentang adanya hari pembalasan, mendidik insan, nilai-nilai ikhlas dan ihsan dalam beribadat, memohon kurniaan jalan yang lurus dan benar, bukan jalan-jalan yang terpesong dari landasan yang telah Allah s.w.t gariskan.
Inilah ciri-ciri asas yang membuktikan Al-Fatihah mempunyai kekuatan dan keistimewaan melebihi surah-surah lain yang terkandung dalam Al-Quran.
Saidina Ali kmj. pernah meriwayatkan dalam sebuah hadisnya yang mahsyur bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa membaca Fatihatul kitab (Al-Fatihah) maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran”.

KHASIAT DAN KEGUNAAN
AL-FATIHAH

Diantara khasiat dan kegunaan Al-Fatihah ialah:-
1) Menurut hadis riwayat Al Baihaqi dari Abd. Malik Ibn Umair r.a Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
“Surah Al-Fatihah itu dapat mengubati segala jenis penyakit”.
2) Menurut hadis riwayat Al Baihaqi daripada Abu Said Al Khudry r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
“Bacaan Al-Fatihah itu boleh menawarkan seseorang yang terkena racun”
3) Menurut hadis riwayat Ad Dailamy dari Imam Ibn Hussein, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Barangsiapa yang membaca Al-Fatihah dan ayat Al-Kursi dirumahnya, dia tidak akan ditimpa oleh mudharat dan penganiayaan manusia dan jin pada hari itu”.
4) Menurut hadis riwayat Al Bazzar dari Anas bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Apabila engkau selalu membaca Al-Fatihah dan surah Al Ikhlas, akan amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali maut”.
5) Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi maksudnya:
“Barangsiapa pulang ke rumahnya, lalu dibacanya Al– Fatihah dan surah Al Ikhlas, maka Allah akan menjauhkannya dari kefakiran dan ia mendapat kebajikan yang banyak”.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah apa pula seksaan yang akan diterima kelak dalam kuburnya?”. Rasulullah bersabda: “disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya”.
Ada riwayat menyatakan orang meninggalkan solat akan menerima azab daripada ular bernama suja’ul akra’ yang akan berkata kepada simati dengan suaranya bagai halilintar iaitu: “aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari subuh hingga ke zuhur,dari zuhur ke asar,asar ke maghrib dan maghrib ke isyak dan isyak ke subuh. Setiap satu pukulan suja’ul akra’ itu,
Mayat orang yang meninggalkan solat akan terbenam kedalam bumi beberapa ratus hasta. Begitulah azab yang akan diterima oleh simati sehingga kiamat. Nauzubillahi min zaliq.
6) Menurut riwayat yang masyur, barangsiapa mengamalkan bacaan Al– Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardhu lima waktu setiap hari, InsyaAllah akan dimurahkan rezekinya, tercapai segala maksud dan harapan serta terpelihara ia dari segala bencana dan keburukan.
7) Menurut hadis riwayat Abu Said Al Khudry r.a, sewaktu beliau membaca Al-Fatihah untuk mengubati seorang laki-laki yang digigit kala jengking sehingga sembuh, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Siapakah yang mengajarkan kepadamu bahawa surah Al-Fatihah itu adalah jampi? Lalu baginda bersabda lagi, memang benarlah apa yang kamu lakukan itu”.
Kaedah yang digunakan untuk mengubati orang yang digigit lipan, kala jengking dan lain-lain ialah dengan membaca Al-Fatihah sekali dan dihembuskan ke dalam segelas air yang telah dimasukkan sebuku garam jantan didalamnya, selepas itu diberi minum kepada pesakit berkenaan

8) Menurut amalan para solihin, barangsiapa yang mempunyai hajat ( kearah kebaikan ) hendaklah ia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali setelah selesai solat sunat ba’diah maghrib. Bacaan dilakukan tanpa mengubah kedudukan dirinya dari tempat solat tadi dan jangan pula berkata-kata yang lain.
9) Amalkan membaca surah Al-Fatihah sebanyak tujuh hari berturut-turut, InsyaAllah pintu hati kita akan dapat memahami segala perkara dengan mudah. Dengan kata lain, amalan ini dapat menerangkan hati dengan ilmu dan kebaikan yang membawa banyak faedah.

Mutiara kata:
Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa, walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal.
Rujukan : Rahsia Al-Fatihah
Oleh : Dato’ Hj. Ismail B. Kamus
Dakwah Dan Penerbitan (BAKA) IPK Kedah

0 comments:

Blogger template 'CoolingFall' by Ourblogtemplates.com 2008