Pamplet Wadah Nur Fadhilat dikeluarkan oleh Unit Dakwah dan Penerbitan- Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)IPK Kedah.Pamplet ini akan dikeluarkan dua kali sebulan dan diedarkan keseluruh Balai Polis Daerah Negeri Kedah.
Oleh:
PENASIHAT WADAH NUR FADHILAT, SUPT. HAMZAN BIN DARUS, KETUA BAKA IPK KEDAH.
EDITOR IN CHIEF OF WADAH NUR FADHILAT MERANGKAP PEMANGKU KETUA UNIT DAKWAH&PENERBITAN BAKA IPK KEDAH
Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh:• Jika berjumpa kanak-kanak,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
• Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
• Jika berjumpa dengan orang alim,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dipelajari dan diketahui.
• Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
• Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat atas kesalahannya.
• Apabila bertemu orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampun oleh Allah.