Thursday, April 16, 2009

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK (April/siri 1)

WADAH NUR FADZILAT BAKA KEDAH
BIL. 4 / 2009
" SOLAT "
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK




Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beribadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajian mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah,kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dan tubuh jemaah yang lain yang berada dikiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan akan dikeluarkan, manakala
yang berlebihan akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar, ketika ini badan kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu solat subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat , semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabakan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat zohor 4 rakaat dan solat asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
Kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Gambaran tenaga positif
Lazimnya, selepas waktu asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat .Setelah kajian lanjut, terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal agar mampu menunaikan tahajjud disepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam ( qiamullail ) Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama islam.
Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah apa pula seksaan yang akan diterima kelak dalam kuburnya?”. Rasulullah bersabda: “disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya”.
Ada riwayat menyatakan orang meninggalkan solat akan menerima azab daripada ular bernama suja’ul akra’ yang akan berkata kepada simati dengan suaranya bagai halilintar iaitu: “aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari subuh hingga ke zuhur,dari zuhur ke asar,asar ke maghrib dan maghrib ke isyak dan isyak ke subuh. Setiap satu pukulan suja’ul akra’ itu,
Mayat orang yang meninggalkan solat akan terbenam kedalam bumi beberapa ratus hasta. Begitulah azab yang akan diterima oleh simati sehingga kiamat. Nauzubillahi min zaliq.


10 jenis solat yang tidak diterima AIlah S.W.T
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mauu’n ayat 4 dan 5 yang bermaksud:
“ Maka celakalah ( azablah ) bagi orang-orang yang sembahyang, yang sembahyangnya itu lalai dari sembahyangnya”
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya” ( Tabyinul Mahaarim )
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “ 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t antaranya”
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca apa-apa didalam solatnya.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang lari daripada tanggung jawab nya.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( Taubat ).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya orang lain.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solat tetapi solatnya itu tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.a.w dan jauh dari Allah”.

Rujukan : Himpunan kisah-kisah teladan
Oleh : Sidang pengarang NURULHAS.
Dakwah Dan Penerbitan ( BAKA ) IPK Kedah.

0 comments:

Blogger template 'CoolingFall' by Ourblogtemplates.com 2008