SIKSA MENINGGALKAN SOLAT
WADAH NUR FADZILAT BAKA KEDAH
BIL. 1 / 2009
SIKSA MENINGGALKAN SOLAT
(1) Ketika hidup di dunia
Doanya tertolak. Rezekinya disempitkan Allah. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Tidak ada tempat baginya disisi agama Islam. Amal kebajikan yang dilakukannya tiada balasan pahala.
(2) Ketika sakaratul maut.
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam derita kelaparan. Matinya dalam terasa sangat haus walaupun diberikannya air sebanyak tujuh lautan.
(3) Ketika dalam kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya (tersepit) Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari qiamat. Ia akan dibelenggu dan diseret ke Padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa di neraka Saqar.
NISBAH DOSA BAGI ORANG – ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
1) SUBUH : Ia akan diseksa selama 60 tahun di neraka.
2) ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
3) ASAR : Dosanya seperti meruntuhkan kaabah.
4) MAGHRIB : Dosanya seperti berzina dengan ibu bapanya.
5) ISYAK : Allah tidak redha ia hidup dibumi Allah.
CIRI –CIRI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
1) SUBUH : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
2) ZUHUR : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
3) ASAR : Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan.
4) MAGHRIB : Tidak diberikan santunan oleh anaknya.
5) ISYAK : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
7 JENIS WAJAH MAYAT DIDALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya ia telah melakukan syirik kepada Allah. Syirik adalah dosa yang paling besar dalam Islam. Orang yang syirik akan kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya menyerupai babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu serta lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Contoh perbuatan keji dan mungkar iaitu berdua-duaan ditempat gelap, minum arak, berjudi, tidak menutup aurat dan sebagainya.
3. Mayat yang kepalanya menjadi batu yang hitam legam, itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapanya.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup, itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Contohnya makan makanan hasil dari mencuri, merompak dan sebagainya.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi dan mengumpat.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu lebih busuk dari bangkai, itulah mayat orang yang suka makan riba.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum, itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
0 comments:
Post a Comment