Thursday, April 16, 2009

SOMBONG DAN BONGKAK

WADAH NUR FADZILAT BAKA IPK KEDAH
BIL 2/2009
SOMBONG DAN BONGKAK


Sifat sombong dan bongkak bukan sifat yang baik bagi manusia. Demikian pula dengan sifat berbangga diri dan bermegah diri.


Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 18 : “ Dan janganlah engkau memalingkan mukamu dari manusia ( kerana sombong ), dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri”( Luqman : 18 )
Penjelasannya : Janganlah engkau memalingkan wajahmu ke tempat lain ketika berbicara dengan orang lain, kerana itu menunjukkan takabbur atau menyombong diri.


Telah disahihkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya : Tiga kelompok manusia yang akan memasuki neraka iaitu :-
1) Pemimpin yang kejam
2) Orang kay ayang tidak mengeluarkan zakatnya.
3) Orang miskin yang sombong.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Tersebut dalam Sahih Bukhari, sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
“ Tiga golongan yang Allah tidak melihat kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan mensucikan mereka, malah bagi mereka siksa yang pedih iaitu :-
1) Orang yang melabuhkan pakainnya sehingga menyapu tanah. ( Dibuat begitu kerana perasaan sombong )


2) Orang yang merasa berbudi dalam sedekahnya. ( Apabila bersedekah mereka mengharapkan balasan )


3) Orang yang menjual barang dagangannya dengan penerangan palsu”.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apa ( pakaian ) yang dibawah buku lali dari sarung itu adalah penyebab masuk neraka”.


Orang yang termasuk dalam golongan sombong iaitu apabila seseorang alim yang menyombongkan diri kerana keutamaan yang diterimanya, maka orang yang demikian ilmunya itu tidaklah bermanfaat bagi dirinya.


Sesiapa yang menuntut ilmu itu dengan tujuan hendak membanggakan diri dan untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan, kemudian dia berlaku sombong, suka menganiaya kaum muslimin, mengangkat dirinya dihadapan mereka, merendahkan, membodohkan serta meremehkan mereka, maka kelakuan seperti itu adalah sebesar besar kesombongan.


Sabda Rasulullah s.a.w didalam hadis sahih iaitu :-“ Tidak akan memasuki syurga siapa yang terdapat didalam hatinya seberat atom dari kesombongannya”( Riwayat Muslim )


Sabad rasulullah s.a.w lagi : “ Orang-orang yang kejam lagi menyombong diri kelak dihari kiamat akan dihimpunkan seperti semut-semut kecil yang akan dijinak-jinakkan oleh manusia sedang mereka diliputi perasaan hina dari segala sudut”( Riwayat Tarmidzi dan Nasai )


Berkata sesetengah ahli salaf : Dosa pertama yang dikira maksiat kepada Allah Taala iaitu sifat sombong.Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 18 yang bemaksud : “ Sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap orang yang menyombong diri lagi membanggakan diri”( Luqman : 18 )


Bersabda Nabi s.a.w : “ Syurga dan neraka itu akan berselisih . Maka berkatalah syurga itu : Mengapa tiada manusia yang ingin memasuki ku. Kecuali kumpulan manusioa yang lemah dan rendah diri? . Lalu berkatalah neraka pula : Sebab aku telah diutamakan bagi tempat orang-orang kejam dan yang menyombongdiri. Lalu Allah menghukum diantara keduanya. Kata Nya : Engkau wahai syurga! Engkau adalah tempat rahmatKu, denganmu Aku merahmati siapa yang aku kehendaki. Dan engkau pula wahai neraka! Engkau adalah tempat siksaKu. Denganmu Aku kehendaki dan setipa satu keduamu akan terpenuh isinya!”( Riwayat Muslim )

0 comments:

Blogger template 'CoolingFall' by Ourblogtemplates.com 2008