Thursday, August 11, 2011

FENOMENA RAMADHAN (siri 12/2011)


Antara ilmu dan amal itu ada jurang. Boleh jadi jurangnya itu terlalu dalam sehingga tak bertemu keduanya. Ibarat puncak gunung dan dasar laut. Ilmu adalah sesuatu yang tersimpan, dan amal itu sesuatu yang terlihat. Belum tentu yang terlihat itu didasarkan kepada ilmu, atau yang tersimpan itu melahirkan amal.Begitulah fenomena yang berlaku sekarang. Jurang terlalu besar antara ilmu dan amal. Umum mengetahui bahawa puasa itu wajib, namun ramai yang masih meninggalkannya. Ilmu itu tidak melahirkan amal, iaitu komited dengan puasa.

Tak kurang juga yang beramal tanpa ilmu, tanpa faham akan amalannya. Dek kerana itu, Hassan Al-Banna menekankan faham atas amal. Untuk memahami, kita harus memiliki ilmu. Namun ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Dalam kegembiraan menyambut puasa di bulan Ramadhan, kita seharusnya memahami dengan sejelas-jelasnya akan hakikat, rahsia dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah, tetapi dapat menolong kita untuk menunaikan puasa dengan sempurna.

Hakikat ibadah puasa sebenarnya melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Di samping itu, puasa juga dapat melatih manusia menjadi insan yang beramanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal dan tidak sempurna.

Namun, disebalik bulan yang disucikan oleh Allah s.w.t ini didalamnya tersimpan satu peristiwa agung dalam sejarah umat islam “ Nuzul Al-Quran”, iaitu sejarah penurunan AL-Quran oleh Jibril kepada Nabi Muhamad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Tetapi apa yang penting bagi kita disebalik peristiwa tersebut ialah megimbas kembali akan tanggungjawab dan kewajipan kita terhadapnya.

Apakah kita selama ini telah melaksanakan segala kewajipan terhadap kitabullah atau tidak ?
Apakah keghairahan kita menyambut hari nuzulul Quran saban tahun dengan ceramah-ceramah, perarakan-perarakan dan seumpamanya sama tahapnya atau sama rancaknya dengan keghairahan kita memahami isi kandungan Al-Quran serta menghayatinya satu persatu di dalam rutin kehidupan kita. Baik diri kita, kaum keluarga dan seterusnya masyarakat kita.

Apa yang dapat kita perhatikan, ternyata keghairahan umat Islam pada keseluruhannya untuk kembali kepada Al- Qur’an sebagai panduan hidup mereka dalam segala aspek kehidupan masih terlalu pasif dan lemah. Masih terlalu dingin dan hambar. Bagaimana kita hendak memperoleh rahmat dan berkat dari kitabullah andaikata hati -hati masih dipenuhi dengan kecintaan kepada dunia bukan kepada akhirat.

• Telinga kita, kita lebih senang menyumbatnya dengan hiburan dan muzik yang melalaikan daripada mendengar bacaan Al – Quran.Adakah kita memandang sinis apabila mendengar saudara kita menyeru perkara kebaikan sedangkan perkara itu sedikitpun tidak merugikannya bahkan ianya nanti akan dipersoalkan dihadapan Allah s.w.t.

• Mata kita pula lebih tertarik memandang perkara-perkara yang haram seumpama aurat, filem dan gambar-gambar yang menaikkan syahwat, majalah yang melalaikan daripada menatap Al -Quran atau tafsirannya.

• Lidah kita lebih disibukkan dengan amalan menfitnah, mengumpat, berdusta, membuka ‘aib saudara -saudara kita dan bercakap hal -hal dunia daripada membaca ayat -ayat Allah.Sebaliknya gunakanlah lidah kita untuk berkata-kata perkara yang baik. Kalaulah begini keadaanya maka bagaimanakah nur hidayah Al- Quran dapat masuk ke dalam jiwa kita.

Apalah ertinya juga jikalau rumah-rumah kita terang benderang dengan lampu yang indah dan berkilauan walaupun mereka kaya berharta tetapi pada hakikatnya mereka miskin dengan ilmu .Walaupun mushaf Al -Qur’an tersusun rapi menghiasi almari tetapi ia jarang sekali disentuh. Apa yang menjadi kemegahan ialah dinding -dinding rumah dipenuhi dengan frame dan ukiran ayat-ayat Al-Qur’an seumpama ayatul kursi, Qulhuwallah, asma’ulhusna, pelbagai anugerah tokoh / pingat dan bermacam lagi yang harganya ratusan ringgit. Adakah dengan cara ini berlaku penghayatan terhadap Al -Qur’an ?

Alhamdulillah, hari ini boleh dikatakan setiap masjid dan surau mengadakan kelas-kelas Al - Quran. Ke mana sahaja kita pergi, pasti kita akan berjumpa kelas -kelas tersebut. Namun disebalik kegembiraan, kita merasa amat dukacita kerana apa yang dapat kita lihat kelas -kelas tersebut biasanya hanya dihadiri oleh ahli jemaah yang majoritinya telah berumur 50 tahun ke atas. Apa salahnya tanya diri kita bilakah mati akan menjemput kita.

Sepatutnya semangat untuk mempelajari dan mendalami hukum-hukum Al -Qur’an dimonopoli oleh golongan yang lebih muda bukannya yang tua tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Realiti persekitaran kita menceritakan segala -galanya. Kadang kala anak -anak lebih rajin mengaji dan belajar tajwid dari ibubapa yang tidak ada masa kerana ‘ terlalu sibuk’. Apabila demikian halnya, Al-Qur’an semakin terpinggir malah yang lebih serius kadang kala Al- Qur’an di pandang tidak mampu menangani permasalahan -permasalahan moden dan semasa.
Nabi s.a.w ada memperingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah mengangkat dan memuliakan kaum -kaum tertentu dengan kitab ini (Al-Qur’an ) dan kadang kala Al- Qur’an di pandang tidak mampu menangani permasalahan -permasalahan moden dan semasa.

Nabi s.a.w ada memperingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah mengangkat dan memuliakan kaum -kaum tertentu dengan kitab ini (Al-Qur’an ) dan menghinakan denganya kaum -kaum yang lain" ( Riwayat Muslim).
Dari itu marilah kita menginsafi tanggungjawab dan peranan kita terhadap Al - Qur’an. Buktikan keimanan dan kecintaan kita terhadap Al-Qur’an itu melebihi segala -galanya secara praktikal dan menjadikanya sebagai Hakim dalam segala permasalahan kehidupan. Kita tidak mahu Al - Qur’an menghujjah dan mendakwa kita di hadapan Rabbul Jalil kelak dan tiada gunanya lagi ratapan dan tangisan.Dengan Modal membaca Al-Quranlah yang dapat menyelamatkan diri di alam kubur.

Mutiara Kata
Kanak-kanak adalah seperti kain putih dan mereka tiada dosa, Sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu .


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN (siri 11/2011)

Ibadah puasa yang difardhukan oleh Allah pada bulan Ramadhan mempunyai hikmah dan rahsia yang tersendiri, akan tetapi adakah umat Islam kini benar-benar menghayati falsafah dan rahsia puasa Ramadan yang diwajibkan ini?


Betapa besarnya fadhilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami daripada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: “Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu semua iblis dan syaitan”.

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,
e) Dan mereka dikurniakan nikmat keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat .(Al-Hadith)

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.(Al-Hadith )

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

• Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
• Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

• Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
• Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

• Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
• Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya) .(Al-Hadith )
Agungnya Ramadhan...

Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.

Pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari.

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Lailatulqadar..
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredhaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Kesimpulannnya, puasa dapat melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan ini, diharapkan seseorang muslim itu agar sentiasa prihatin dan memberikan bantuan serta sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menahan nafsu daripada melakukan sifat-sifat tercela dan sebagainya.

Sunday, July 31, 2011

SYURGA (siri 10/2011)

Apa itu Syurga ???.........
Syurga ialah kebun atau taman, ini bermaksud suatu perkampungan yang selamat di sediakan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman dan beramal solih. Ini merupakan ganjaran diatas amalan yang baik yang mereka lakukan di dunia ini.

Allah berfirman dalam surah Muhammad s.a.w. ayat 15: yang bermaksud:
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya).

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata:
"Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Mujahid berkata:
"Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar.

Penghuni syurga
Orang yang beriman dijemput memasuki syurga dengan penuh hormat dan gembira. Semua penghuni syurga terdiri daripada para Nabi, Malaikat, para Ambiyak dan orang-orang yang beramal soleh. Wajah penghuni syurga berseri-seri dan bercahaya, kehidupan mereka penuh dengan kesenangan dan kemewahan. Mereka akan menikmati apa saja yang di inginkan.

Pinggan mangkuk dan gelas yang di gunakan di perbuat daripada emas. Taman-taman yang penuh dengan buah-buahan, makan yang lazat-lazat dan berbagai-bagai kenikmatan. Penghuni syurga akan dihiasi dengan emas, mutiara dan pakaian daripada sutera. Mereka akan tinggal dengan aman, selesa dan selama-lamanya. Terdapat anak sungai yang mengalir, bunga-bunga yang berbau harum serta beribu kenimatan yang tidak dapat di gambarkan.

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan menerima syurga sebagai balasan pada amalan yang telah mereka lakukan. Itulah jangi Allah kepada hambanya yang menurut perintah dan menjauhi larangannya. Mereka akan tinggal di syurga buat selama-lamanya.

Nama-nama syurga

1. Syurga Firdaus

Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas.
Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag bermaksud:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)


2. Syurga ‘Adn

Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
- Orang yang banyak berbuat baik.
- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

3. Syurga Na’im

Syurga Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh.
Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)

4. Syurga Ma’wa

Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:
- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
firman Allah SWT yang bermaksud:
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)

5. Syurga Darussalam

Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.

6. Syurga Darul Muqamah

Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan.
Firman Allah SWT: “Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu “. (Fathir :34-35)

7. Syurga Al Maqaamul
Syurga Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)




8. Syurga Khuldi
Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.
Firman Allah SWT: “Katakanlah:” Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)

NERAKA (siri 9/2011)

‘Banyak di antara kita yang salah persepsi bahwa neraka itu hanya untuk orang-orang kafir dan munafik. Ada pula yang lebih keliru lagi sambil beranggapan hidup ini hanya sekali. Akhirat adalah urusan nanti’.

Akibatnya, kita merasa tenang setelah kita menjadi Muslim dan Mukmin secara formal. Lebih-lebih lagi, berbagai dosa dan maksiat dilakukan tanpa malu pada Allah SWT. Perlu kita ketahui bahwa keislaman dan keimanan kita sama sekali tidak akan menolong kita di akhirat nanti jika kita tidak melaksanakan nilai-nilai keislaman dan keimanan itu secara baik dan utuh.

Sesungguhnya Neraka itu bukan hanya tempat hukuman yang amat pedih bagi orang-orang kafir, musyrik dan munafik. Neraka juga diperuntukkan bagi orang-orang Mu’min yang tidak mentaati (derhaka) serta lalai terhadap sistem dan aturan kehidupan yang Allah tetapkan untuk manusia selama mereka hidup di dunia.

Akan tetapi, neraka juga menjadi tempat hukuman bagi orang-orang yang beriman yang tidak menjalankan nilai-nilai keimanan secara utuh dan menyeluruh semasa mereka hidup di dunia. Mereka ini disebut orang yang durhaka pada Allah dan Rasul-Nya dan lalai dari mengingati Allah dan ancaman akhirat.

Di antara bentuk kedurhakaan dan kelalaian yang menyebabkan orang Mu’min masuk Neraka itu ialah :


1. Melakukan penyelewengan ekonomi, perniagaan dan kewangan seperti tidak membayar zakat, mengumpul harta tanpa memperdulikan nasib orang-orang miskin dan anak yatim, memakan makanan yang haram, seperti darah, bangkai, babi, binatang yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah, atau diperoleh dengan cara yang haram seperti mencuri, mengurangi sukatan, timbangan, ukuran,penipuan, judi, rasuah, peras ugut, mengambil hak fakir miskin berupa zakat dan infak yang diamanahkan Allah dalam hartanya, serta memakan wang masjid, bantuan sosial dan bencana alam. Maka mereka yang melakukan penyimpangan-penyimpangan tersebut akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam.
Firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 34 yang bermaksud:-
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang bathil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,


2. Memakan harta yang diperoleh dengan cara riba.

Firman Allah swt dalam surah At-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:-
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian adalah disebabkan mereka mengatakan “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”.Padahal Allah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulanginya lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.


3. Tidak mahu menjadikan Al-Qur’an sebagai Petunjuk Hidup dan dasar hukum dalam menjalani kehidupan semasa di dunia. Firman Allah swt dalam surah Thaha ayat 124 yang bermaksud:-
“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur’an), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta".

4. Meninggalkan solat fardhu(lima waktu sehari),
Firman Allah swt dalam surah Al-Muddts-tsir ayat 42 yang bermaksud:-
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Neraka Saqar?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang menegakkan solat.

5. Membunuh orang Mu’min dengan sengaja. Allah menjelaskan dalam firman-Nya :
“Dan barang siapa yang membunuh seorang Mu’min dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An-nur 93)

6. Menyiksa orang-orang Mu’min dan membuat mereka mengalami kesulitan dalam kehidupan dunia kerana mereka komitmen (berpegang teguh) pada nilai-nilai keimanan dan keislaman. Allah menjelaskan dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyiksa orang-orang Mu’min lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (Neraka) yang membakar.
(Surah Al-Buruj ayat 85)

7. Melalaikan solat fardhu (lima waktu sehari), lalai dalam shalat.
Maka Wail (lembah Neraka Jahannam) bagi orang-orang yang shalat iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya’.
(Surah Al-Maa’uun 107)

Gambaran Hari Kiamat (siri 8/2011)

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Allah berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ-Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Raqib & ‘Atid.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah
dari neraka.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Mutiara kata:
Hidup didunia hanyalah sementara, akhirat kekal selamanya…

Tuesday, July 26, 2011

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR (siri 7/2011)


Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur…? Bagaimana kedasyatan siksaannya…? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur…? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah?

Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya… lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya…
Sakarat….. Sakaratul Maut….

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur… sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit…

kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita…

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)

Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

METODE KEMATIAN
“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”
Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…

Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cengkam sepi dan gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi…

namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? BERTAUBATLAH selagi masih ada waktu…

Mutiara kata:
Hidup didunia hanyalah sementara, akhirat kekal selamanya...

Dahsyatnya kematian dan azab kubur (siri 6/2011)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan iaitu , sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibubapanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila sampai ajal seseorang maka akan berlaku keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan datanglah malaikat maut untuk menjemput kita untuk kembali kepada Allah.

Keadaan orang kafir / Berdosa
Adapun orang kafir jika sakaratul maut didatangi oleh malaikat yang membawa kain bulu di dalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhanmu ke tempat yang rendah, hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya diletakkan di atas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa ke Sijjin. Lalu terdengar suara dari langit: Bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas haba neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, Lalu didatangi ular besar sebesar leher unta, dimana ular-ular itu akan memakan daging-daging mereka sehingga tidak tersisa. Lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta, tuli dan bisu dengan membawa pentung dari besi lalu memukul mereka tanpa mendengar jeritan dan tangisan daripada mereka.kemudian datang kepadanya seorang yang busuk wajahnya dan basi baunya lalu berkata kepadanya: Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu. Lalu ia bertanya: Siapakah kau? Jawabnya: Akulah amalanmu yang buruk yang kamu lakukan semasa didunia.

Keadaan orang mukmin / Soleh
Manakala apabila seorang mukmin menghadapi sakaratul maut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutra yang berisi kasturi dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut di dalam adunan sambil dipanggil: Hai roh yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diredhoi.
Kembalilah kepada rahmat dan keredhaan Allah. Al-Faqih berkata bahawa Abu Ja’far meriwayatkan dari Abdullah b. Umar r.a bahawa orang mukmin itu apabila diletakkan di dalam kuburnya maka kuburnya itu dilapangkan 70 hasta, ditaburi harum-haruman dan ditutup dengan kain sutera. Apabila ia hafal sebahagian dari al-Quran maka apa yang dihafalnya itu menerangi seluruh dari kuburnya, dan apabila ia tidak hafal, maka ia dibuatkan cahaya seperti cahaya seperti matahari di dalam kuburnya. Ia bagaikan pengantin baru yang tidur dan tidak boleh dibangunkan kecuali oleh isteri yang sangat dicintainya. Kemudian ia bangun seolah-olah ia belum puas dari tidurnya itu.

Amanat dari Saidina Ali
Ali bin Abi Thalib r.a berkata dalam khutbahnya: Hai hamba Allah berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, maut akan sentiasa mengikuti kamu dan ia selalu terikat diubun-ubunmu. Dan dibelakangmu ada yang mengejar kamu iaitu kubur. Ingatlah bahawa kubur itu ada kalanya kebun dari kebun-kebun syurga, atau jurang dari jurang-jurang neraka. Dan kubur itu tiap-tiap hari berkata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat.

Usaid bin Abdirrahman berkata: Saya telah mendapat keterangan bahawa seorang mukmin jika mati dan diangkat ia berkata: Segerakan aku, dan bila telah dimasukkan dalam lahad (kubur), bumi berkata kepadanya: Aku kasih kepadamu ketika diatas belakangku, dan kini lebih sayang kepadamu.

Apabila orang kafir mati lalu diangkat jenazahnya ia berkata: Kembalikan aku dan bila diletakkan di lahadnya, bumi berkata kepadanya: Saya sangat benci kepadaamu ketika kau diatas belakangku, dan kini aku lebih benci lagi kepadamu.


Abul Laits berkata: Siapa yang ingin selamat dari siksa kubur maka harus melazimi empat perkara dan meninggalkan tiga perkara iaitu:-

Menjaga solat lima waktu
Banyak bersedekah
Banyak membaca al-Quran
Memperbanyakkan tasbih (Subhanallah, walhamdulillah, walailaha Illallah wallahu akbar, walahaulawala quwwata illa billah)

Adapun tiga perkara yang harus ditinggalkan iaitu:-
Bercakap dusta
Adu domba
Bersuci (Buang air kecil)
Rasulullah s.a.w bersabda: Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing.

Amar bin Dinar berkata: “Ada seorang penduduk Madinah yang mempunyai seorang adik perempuan dihujung kota. Pada saat adiknya sakit dan ia datang menjenguk adiknya itu. Setelah sampai adiknya meninggal dunia dan ia menguruskan dan menguburkan mayat tersebut. Setelah selesai dan ia pulang ke rumahnya lalu ia teringatkan bekas wangnya yang jatuh sewaktu mengubur adiknya itu. Lalu ia meminta temannya untuk menggali kubur dan ia menemui barang yang dicarinya .
Kemudian ia berkata kepada temannya, “Pergilah kamu kerana aku ingin melihat apa yang terjadi kepada adik perempuanku ini”. Kemudian ia mengangkat penutup liang lahad dan ia ternampak kubur adiknya menyalakan api. Lalu ia cepat-cepat menutup dan meratakan kembali kubur itu dan pulang menemui ibunya dirumah dan beliau bertanya:

“Ceritakan kepadaku apa yang dilakukan oleh saudariku semasa hayatnya?.” Ibunya menjawab: “Kenapa kamu menanyakan tentang adikmu sedangkan ia sudah meninggal dunia?. Ia berkata lagi: “Tolong ibu, khabarkan padaku”. Ibunya menjawab: “Adikmu itu suka mengakhirkan solat dan ia mengerjakan solat dalam keadaan tidak bersih, ia suka pergi kerumah-rumah jiran dan menceritakan kepada mereka apa yang ia dengar dengan maksud mengadu domba, itulah yang menyebabkan siksa kubur.”

Oleh kerana itu, barang siapa yang ingin selamat dari siksa kubur maka ia harus menjauhkan diri dari perbuatan mengadu domba dan perbuatan-perbuatan dosa lainnya agar selamat dari siksaan kubur dan azab dari Allah s.w.t.











SOLAT SUNAT DHUHA (siri 5/2011)

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit.
Menurut mazhab jumhur ulamak iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai satu amalan sunat biasa.

KELEBIHAN
Mereka yang mengamalkan solat ini pasti memperolehi ganjaran setimpal daripadaAllah s.w.t . Tetapi ia mestilah dilengkapi dengan dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.
Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada pencipta-Nya.

Hakikatnya, umat islam perlu memahami kedudukan solat ini.
1) Sebaik-baiknya ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna.
2) Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan dimana-mana tempat.
3) Pada dasarnya hukum solat ini adalah sunat, malah baginda jua tidak melaksanakan dalam bentuk yang konsisten.
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

WAKTU AFDHAL
Waktu yang lebih afdhal untuk mengerjakan solat ini iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w menjelaskan : Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya .
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hinga 1 petang. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi)

BILANGAN RAKAAT
Bilangan rakaat yang mahsyur dikalangan ulamak adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulamak yang paling afdhal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam)
Terdapat juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w bersabda “:Barangsiapa yang menunaikan solat sunat dhuha sebanyak 12 rakaat maka nercaya Allah s.w.t akan membina sebuah mahligai didalam syurga kelak ( Riwayat Imam al-Tirmizi )


CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT DHUHA

اصلي سنة الضحى ركعتين لله تعا لى
( Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala )

2) Selepas membaca al-Fatihah dalam rakaat yang pertama baca surah asy-syams.

3) Selepas membaca al-Fatihah dalam rakaat yang kedua baca surah al-Lail.

4) Selepas memberi salam bacalah kalimah tasbih dibawah sebanyak 10 kali.


سبحا ن الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حو ل ولا قوة الا با لله العلي العظيم. عدد خلق الله وبدوام ملك الله.

( Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Allah maha besar dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan denagn ( pertolonagan ) Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung, sebanyak mana bilangan makhluk Allah dan kekuasaan Allah yang berkekalan selama-lamanya.

Selepas memberi salam baca doa berikut:-
اللهم ان الضحاءضحا ؤك والبهاء بها ؤك والجما ل جما لك والقوة قو تك والقدرة قدرتك والعصمة عصمتك. اللهم ان كان رزقى فى السماء فأ نزله وان كان في الأرض فأخرجه وان كان معسرا فيسره وان كان حراما فطهره وان كان بعيدا فقربه وان كان قريبا فيسره بحق ضحاءك وبهائك وجما لك وقوتك وقدرتك آتنى ما أتيت عبادك الصالحين. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العا لمين.

(Ya Allah! Sesungguhnya waktu dhuha dhuhaMu, cahaya cahayaMu, keindahannya keindahanMu, kekutannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah!jika ada rezeki ku dilangit maka turunkanlah, dan jika ada rezekiku dibumi, maka keluarkanlah, dan jika sukar permudahkanlah, dan jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ia jauh maka perdekatkanlah., dan jika ia dekat maka permudahkanlah,dengan kebenaran dhuhaMu,keagungan,keindahan,kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh dan Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, kaum keluarga dan sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

SOLAT JENAZAH (siri 4/2011)

Solat jenazah ialah solat yang mengandungi empat takbir tanpa rukuk dan sujud.Melakukan solat jenazah bagi orang-orang yang masih hidup hukumnya fardhu kifayah. Sekiranya sebahagian orang telah mengerjakan solat jenazah tersebut maka gugurlah kewajipan tersebut bagi orang lain. Orang yang mengerjakan solat ini akan mendapat pahala manakala orang yang tidak melakukannya tidak mendapat dosa.

Kedudukan jenazah semasa
Disembahyangkan.
1) Letakkan jenazah dihadapan imam melintangi kiblat.
2) Kedudukan kepala jenazah lelaki di sebelah kiri imam dan perempuan disebelah kanan imam.

Kedudukan imam pula
1) Jenazah lelaki: Imam berdiri dibahagian bahu jenazah.
2) Jenazah perempuan : Imam berdiri dibahagian pinggang jenazah.

Kedudukan makmum
1) Kedudukan makmum ialah dibelakang imam sebaik-baiknya 3 saf.

Lafaz niat solat jenazah
Jenazah lelaki
اصلى على هذا ا لمىت اربع تكبيرات فرض
الكفاية ماءموما لله تعالى
(sahaja aku sembahyang keatas mayat lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala)

Jenazah perempuan
اصلى على هذه الميتة اربع تكبيرات فرض
الكفاية ماءموما لله تعالى
(Sahaja aku sembahyang keatas mayat perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala)

Jenazah kanak-kanak lelaki
اصلى على هذا الميت الطفل اربع تكبيرات
فرض الكقاية ماءموما لله تعالى
(Sahaja aku sembahyang keatas mayat kanak-kanak lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah Taala)
Jenazah kanak-kanak perempuan

اصلى على هذه الميتة الطفلة اربع تكبيرات
فرض الكفابة ماءموما لله تعالى
(Sahaja aku sembahyang keatas mayat kanak-kanak perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala)

Jenazah yang tidak tahu samaada lelaki atau perempuan

اصلى على من صلى عليه الاءمام اربع تكبيرات
فرض الكفاية ماءموما لله تعا لى
(Sahaja aku sembahyang keatas mayat yang disembahyangkan oleh imam 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala)

Sunday, June 26, 2011

TANDA-TANDA QIAMAT (siri 3/2011)

TANDA-TANDA QIAMAT BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar”.
( H.R Muslim )

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1) Dukhan (asap)
Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2) Dajjal
Dajjal akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3) Dabbah
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya.
Maka pada saat itu Allah swt tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5) Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini.
Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga akan membunuh Dajjal.

6) Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj.
Mereka akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7) Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar.
Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

8) Berlakunya gempa bumi di Timur, Barat dan Semenanjung Arab.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw bahawa keluarnya Dajjal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.”.

TANDA-TANDA QIAMAT KECIL
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Penaklukan Baitulmuqaddis
Zina bermaharajalela

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

Ramai orang soleh meninggal dunia
Ramai orang soleh meninggal dunia

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

Orang akan melakukan homoseksual.
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
Berkurangnya sifat amanah
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

Banyaknya berlaku gempa bumi
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan


MENJAGA AKIDAH, MEMELIHARA AKHLAK (siri 2/2011)

Akidah dikira sebagai asas dalam Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dalam kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuhnya pegangan Islam seseorang.

Rosaknya akidah dinamakan riddah. Riddah ertinya berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad. Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji kufur.

Akidah sangat penting dalam kehidupan manusia apatah lagi sebagai seorang muslim, kerana akidah dikira sebagai penentu atau pendorong seseorang muslim untuk mencapai nilai ketaqwaan yang jitu kepada Allah rabbul jalil.


Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam beragama Islam”.

(Ali Imran :102)


Maksud ayat tersebut ialah kewajipan seorang muslim untuk menerima dan menghormati Islam (Hukum-hukam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w) pada iktikad, segala tutur kata dan perbuatannya supaya apabila datang matinya pada bila-bila masa pun, ia berada dalam keadaan beragama Islam.

Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan seseorang. Akidah yang lemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan.

FUNGSI AKIDAH

Fungsi akidah dalam pembentukan peribadi adalah seperti berikut:-


1. Menambahkan kepercayaan terhadap diri sendiri dan tahu harga diri.

2. Membina sifat rendah hati dan sedia berkhidmat.

3. Membentuk manusia menjadi berbudi dan adil

4. Menghilangkan sifat duka nestapa dan putus asa dalam menghadapi masalah

5. Membentuk keperibadian yang teguh dan optimis.

6. Menanam sifat berani

7. Memupuk sikap hidup berdamai dan sentiasa redha.

8. Membentuk keperibadian yang sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan Ilahi

Umat Islam pada hari ini sangat memerlukan kepada pembinaan akidah. Pembangunana lahiriah yang tidak seimbang dengan pembangunan akidah akan mengakibatkan pembangunan lahiriah itu akan hancur dan runtuh.

Faktor-faktor penyumbang kepada keruntuhan akidah iaitu:-

1. Pengaruh barat yang berteraskan kebendaan untuk menguasai masyarakat islam yang boleh menyumbang kepada kerosakan akhlak.

2. Alat sebaran am, media cetak dan elektronik yang seluasnya kepada peminat hiburan.

3. Penyelewengan di dalam perniagaan , pembangunan dan memperniagakan hak rakyat.

4. Tidak amanah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

5. Penumpuan manusia kepada pencapaian akademik yang tinggi serta lupa tanggungjawab terhadap Allah.

6. Pengaruh politik wang yang mempengaruhi sebahagian ahli politik.

7. Pengaruh arak, judi, dadah dan sebagainya.

Gejala-gejala seperti ini tidak dapat Di benteras dengan hanya bergantung kepada ketegasan undang-undang semata-mata tetapi perlu juga kesedaran agama dan akidah yang mendalam. Akidah islam adalah berasaskan kepada ajaran tauhid. Setiap mukmin wajib menjaga akidahnya. Ia merupa kan sumber kekuatan kepada pemiliknya. Dan harus disedari bahawa apa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh mausia hari ini adalah berpunca daripada kerosakan akidah.



Mutiara Kata:

Ilmu adalah segalanya, tanpa ilmu pincanglah kehidupan.....


1 MUHARRAM/1 JANUARI 1 PERBANDINGAN (siri 1/2011)

Setiap tahun pasti kita tidak terlepas dari menyambut tahun baru Hijrah (islam) ataupun Masihi. Tahun baru Hijrah seringkali disedari apabila hari tersebut diberikan cuti dan umat islam meneruskan hidup mereka dengan tanpa pengajaran dari tahun baru tersebut. Berlainan dengan tahun baru Masihi yang dijadikan kalendar setiap negara dan disambut besar-besaran oleh negara.


Wajarkah kita umat ISLAM membudayakan sambutan sedemikian?
Umat ISLAM patut berbangga kerana kita mempunyai kalendar kita sendiri iaitu kalendar Hijrah. Dan kita digalakkan meraikan awal Muharram supaya kita dapat mengambil pengajaran dari kisah penghijrahan Rasulullah s.a.w.

TAHUN BARU DAN KITA
Tahun baru Masihi yang baru sahaja berlalu disambut dengan begitu meriah, persembahan konsert diadakan di sana sini sebelum disusuli percikan bunga api tepat pada jam 12 tengah malam pada 31 Disember lalu.
Suasana sebegini seolah-olah menunjukkan bahawa tidak akan sah sambutan tahun baru tanpa penganjuran acara hiburan serupa itu.

Hakikatnya, itulah suasananya acap kali sambutan Tahun Baru Masihi. Bagaimanakah pula dengan Tahun Baru Islam iaitu 1 Muharam yang kita baru raikan hari ini?
Paling biasa dilakukan ialah membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun sehari sebelumnya . Malah sesuatu yang tidak pelik dan menyedihkan boleh berlaku, apabila ada di kalangan umat islam kita yang hanya menyedari ketibaan bulan ini
yang dikenali juga sebagai Maal Hijrah hanya kerana ia adalah hari cuti umum.

Yang menjadi persoalan sekarang, adakah wajar sambutan tahun baru disambut oleh orang Islam dengan pesta, hiburan dan hedonisme? Tiada salahnya ketibaan tahun baru jika niat yang disertakan adalah untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik.
Jika ditinjau secara logik, 1 Januari hanyalah satu hari dalam setahun yang tidak mempunyai apa-apa signifikan besar kepada kehidupan manusia melainkan hanya menjadi tanda bermulanya era baru berasaskan pengiraan takwim solar yang mempunyai asal-usulnya kepada agama Kristian.

Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam.

Golongan muda nampaknya begitu ghairah dengan sambutan tahun baru tetapi sayangnya cara berseronok itu tidak selari dengan agama Islam.
Sambutan tahun baru perlu dilakukan dengan hasrat untuk berubah ke satu keadaan yang lebih baik malangnya apa yang kita lihat ialah seolah-olah budaya hedonisme yang menerap masuk membawa bersamanya keruntuhan moral dan akhlak.

Satu perkara yang mungkin wajar direnungkan ialah mengapa orang Islam begitu teruja meraikan 1 Januari dan pada waktu yang sama seperti tidak mempedulikan 1 Muharam?
Sepatutnya konsep hijrah yang dibawa oleh perayaan Maal Hijrah perlu dihayati oleh setiap umat Islam. Adakah Maal Hijrah setiap tahun hanyalah satu cuti umum dalam kalendar tahunan kita semata-mata? Apatah lagi ketika menyambut sambutan awal Muharam, pengajaran dan peringatan tentang Pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menegak syiar Islam perlu dihayati.

Ketulenan para sahabat itulah perlu dipelajari serta dijadikan penghayatan untuk memastikan kesuburan iman. Yang pasti, pengajaran yang paling besar dari peristiwa hijrah ini ialah kekuatan iman yang perlu dijadikan benteng dalam kehidupan seorang Muslim.
Kesimpulannya, seharusnya kita sebagai umat Islam seeloknya menyambut tahun baru dengan cara yang betul dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam beserta dengan azam baru untuk menuju kearah satu cara hidup yang lebih dinamik.

Mutiara Kata:

Ilmu adalah segalanya, tanpa ilmu pincanglah kehidupan.......

Monday, July 12, 2010

ISRAK & MIKRAJ RASULULLAH SAW


MUKJIZAT ISRAK MIKRAJ (BIL9/2010)

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah bagi Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah dilakukan oleh Rasul dan Nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah s.w.t kepada baginda.

Dalam perjalanan Israk mahupun Mikraj seperti tercantum dalam pelbagai riwayat, Nabi Muhammad s.a.w didampingi malaikat Jibril dan Mikail, menunggang seekor haiwan yang disebut Buraq. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Israk berlangsungmemberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

Nabi memperolehi pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang. Yakni ketika Jibril menyuruh baginda melakukan solat di kota Thaibah (Madinah) di mana kelak nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina). Tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa a.s, serta di Baitul Laham, tempat lahirnya Isa Putera Maryam.

Jibril juga mengajar Nabi s.a.w bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan dengan memberinya satu doa untuk Nabi baca. Mengambil hikmah dari perjuangan Muslimah sejati. Siti Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina, pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menyeleweng dan suka mencaci orang lain.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardhu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam. Solat adalah ibadat yang wajib ditunaikan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w sampai akhir zaman.

EPISOD ISRAK DAN MIKRAJ

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah s.a.w mengalami pembedahan dada/ perut, dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan khatimin nubuwwah (penutup segala Nabi).

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah s.a.w ditemani oleh Jibril dan Israfil. Tiba ditempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah s.a.w telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (Tempat Nabi Isa dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung. Bagainda juga dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib antaranya:-

• Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril bahawa itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

• Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril bahawa itulah bau kubur Masyita (tukang sisir rambut anak fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan)

• Sekumpulan orang yang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala ,mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah bahawa itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)”.

• Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril, itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

• Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

• Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril, itulah orang yang makan riba.

• Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril, itulah orang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

• Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril, itulah orang yang memfitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

• Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga. Kata Jibril, itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain.

Monday, December 21, 2009

KHABAR BERITA BUMI DI HARI AKHIR & KESUDAHAN MAKHLUKNYA


Allah berfirman dalam surah Al-Zalzalah ayat 1-8 yang bermaksud :

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): “Apa yang sudah terjadi kepada bumi? “Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya. Bahawa Tuhanmu telah memerintahkan (berlaku demikian). Pada hari itu manusia dibiarkan keluar berselerak (dari kubur masing-masing), supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) !

Menurut tafsiran Ibn Abbas seperti yang dinyatakan oleh Ibn Jarir dalam salah satu riwayatnya, gegaran yang dimaksudkan adalah goncangan yang sangat dahsyat menggerakkan bumi dari sebelah bawahnya. Hamka menjelaskan dalam tafsirnya, gegaran yang berlaku ini bukanlah gempa yang berlaku kepada permukaan bumi yang tertentu sahaja, sebaliknya ia melibatkan keseluruhan permukaan bumi tanpa ada pengecualian.

Bumi
Memuntahkan Isinya


Maksud ini diperkuatkan lagi dengan datangnya ayat kedua yang lebih menampakkan pengertian gempa besar ini. Bumi seperti yang digambarkan dalam ayat kedua ini akan memuntahkan segala isi kandungnya termasuk mayat manusia.

Menurut sebuah riwayat dalam sahih Muslim, Nabi s.a.w bersabda menjelaskan maksud ayat ini, “Bumi akan mengeluarkan bahagian-bahagian yang terdapat dalam perutnya yang besar seperti tiang-tiang yang dibuat daripada emas dan perak. Lalu seorang pembunuh akan datang seraya mengatakan, ‘Aku telah membunuh dengan sebab harta ini’. Kemudian datang seorang yang memutuskan silaturrahim lalu berkata,’Aku telah memutuskan silaturrahim disebabkannya’. Kemudian datanglah seorang pencuri berkata, ‘Dengan sebab inilah aku dihukum potong tangan. Kemudian mereka meninggalkannya dan tidak mengambil sesuatu pun daripadanya”.

Reaksi Manusia

Dalam ayat ketiga, manusia akan menjadi bingung melihat perkembangan yang di luar jangkaan itu. Dia bertanya-tanya, adakah apa yang menimpa bumi itu menjadikannya tidak lagi selamat untuk didiami sedangkan sebelumnya aman, damai dan tenang? Persoalan ini akan menghantui fikiran golongan yang mengingkari pertemuan dengan-Nya.

Firman Allah menerusi ayat keempat menunjukkan bumi akan menceritakan beritanya iaitu apa yang disaksikan olehnya terhadap gelagat manusia sepanjang mereka hidup. Dalam riwayat ini, Nabi s.a.w memberitahu kita bahawa setiap kelakuan seorang lelaki ataupun perempuan dilihat bahkan disaksikan oleh Bumi dan akan didedahkan pada hari kiamat kelak. Walaupun bumi tidak memiliki mata untuk melihat dan lidah untuk berbicara, tetapi ia adalah perintah yang jelas dari Allah s.w.t. Ini termaktub dalam penjelasan menerusi ayat kelima yang bermaksud:
“Bahawa Tuhanmu telah memerintahkan (berlaku demikian).” Sebagaimana Allah menjadikan anggota-anggota manusia mampu berkata-kata, begitu juga kudrat-Nya menjadikan makhluk yang keras seperti bumi berkata-kata. Allah mampu menjadikan semua itu, kerana segala ketetapan-Nya pasti akan berlaku.

Natijah Akhir

Ayat Keenam menggambarkan manusia keluar dari kubur masing-masing secara terpisah antara satu dengan yang lain. Ibn Kathir menjelaskan maksud ayat tersebut adalah berbagai ragam, samada bahagia ataupun sengsara. Golongan yang bahagia akan diiringi memasuki syurga, sedangkan yang sengsara akan dihambat ke neraka.

Lanjutan daripada ayat keenam ini manusia akan dibangkitkan untuk diperlihatkan balasan amalan yang dilakukan semasa di dunia dahulu, samada baik atau buruk.
Akhirnya dalam ayat ketujuh dan lapan, Allah memberitahu kita kepentingan adanya kesedaran tentang seriusnya hisab. Firman-Nya bermaksud, “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) ! ”.

Memahami intisari ayat ini, Nabi s.a.w pernah mencadangkan kepada seorang sahabat yang sudah pun tua dan lemah agar membaca surah ini kerana kandungannya yang merangkumi berbagai elemen kehidupan dalam bilangan ayat yang amat terbatas. Dalam kitab Fada’il Suwar Al-Quran, Dr.Ibrahim Ali Sayyid memberikan penjelasannya bahawa nabi mencadangkan kepada lelaki tua itu supaya membaca dan mengamalkan surah ini sesuai dengan keadaannya yang telah uzur dan lemah.

Dalam riwayat oleh Ibn Abbas seperti yang terdapat dalam Al-Tirmizi dan Al-Hakim surah ini dinyatakan oleh Nabi s.a.w, ganjaran membacanya menyamai membaca separuh daripada Al-Quran.

Wednesday, November 25, 2009

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA



BIL8/2010
Untuk mengetahui keadaan neraka dan penghuninya marilah kita lihat keterangan di bawah ini:


1. Mengadulah neraka kepada Tuhannya:Wahai Tuhanku, sebahagian kami memakan sebahagian yang lain. Dengan permohonannya itu maka orang yang berada di dalam neraka itu ada dua macam penyeksaan iaitu dengan penyeksaan yang amat panas dan penyeksaan yang amat sejuk.


2. Batu besar diletakkan di tepi jurang neraka jahanam,maka jatuhlah ia dan selama tujuh puluh tahun belum sampai lagi dasarnya.


3. Orang yang kembali kepada allah (orang yang mati), ada yang dimasukkan ke dalam syurga dan ada yang dimasukkan ke dalam neraka.Didalam neraka itu mereka tidak mati untuk selama-lamanya.


4. Orang yang diseksa di dalam neraka itu terus-terusan menangis sehingga air mata mereka sanggup menghanyutkan sampan. Dan air mata mereka habis sehingga darahnya yang keluar.


5. Seandainya ada batu besar di jatuhkan di tepi jurang neraka Jahanam ,maka selama tujuh puluh tahun pun ia belum sampai ke dasarnya.


6. Seandainya satu ketul zaqqum (makanan di neraka) dicampakkan ke dunia nescaya matilah semua penduduk dunia kerana tidak tahan mencium baunya. Kalau mencium baunya saja pun orang tidak tahan bagaimana pula orang yang memakannya?.


7. Api yang ada di dunia ini adalah satu juzuk daripada tujuh puluh juzuk neraka jahannam. Ertinya neraka Jahannam itu panasnya tujuh puluh kali api dunia.


8. Ada saja orang yang dicampakkan ke neraka Jahannam tetapi setiap kali dicampakkan ke mulutnya ia berkata: “Ada lagi yang lain?” sehingga akhirnya Allah memenuhi neraka itu dengan manusia jahat.Sedangkan di Syurga ada saja tempat yang kosong dan lapang sehingga Allah menciptakan makhluk lain umtuk menempati yang kosong itu.


9. Didatangkan ke neraka Jahannam ketika itu nanti sebanyak 70,000 tali pengikat, dan setiap tali itu dipegang oleh 70,000 malaikat.


10. Saling bersoal jawab antara neraka dan syurga. Maka berkatalah syurga: “Masuk ke tempat saya orang-orang daif dan miskin.” Berkata pula neraka: “0Masuk ke tempat saya orang-orang yang kejam dan sombong.” Kemudian Allah berkata kepada mereka: “Engkau adalah azab-Ku, dan dengan engkaulah Aku menyeksa orang-orang yang aku kehendaki.” Kemudian berkata kepada syurga: “Engkau adalah rahmat-Ku dan Aku rahmati denganmu orang-orang yang aku kehendaki. Dan setiap kamu (syurga dan neraka) ada pengisinya.”


11. Siksaan yang paling ringan di neraka seseorang dipakaikan kepadanya sandal api. Namun demikian kerana panasnya sandal itu seluruh tubuhnya kepanasan sehingga mendidih otaknya.


12. Seseorang itu kalau sudah dimasukkan ke dalam neraka menjadi besar badannya sehingga satu batang giginya menjadi seperti gunung Uhud.


13. Orang-orang yang masuk ke neraka itu ada yang dijilat api sampai ke mata kaki atau buku lalinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai pinggang dan ada yang sampai ke lehernya.


14. Orang-orang berada di dalam neraka itu sentiasa menangis sehingga kering air mata mereka. Setelah kering air mata mereka keluarlah darah. Kerana banyaknya darah yang mengalir itu,sampan akan berlayar sekiranya diletak di situ.Neraka adalah tempat menjalani hukuman, tempat penyeksaan,tempat celaka dan menyengsarakan. Tidak ada di dalamnya kecuali suasana yang menyedihkan, suasana pilu dan menarik nafas panjang. Orang yang berada didalamnya merupakan penghuni yang celaka, menangis dan menyesal. Rantai dan belenggu berada di tangan dan kaki mereka dan juga di tengkuk atau bahu mereka. Api menjilat mereka dari atas, bawah, kiri dan kanan mereka. Tidak ada makanan mereka kecuali buah zaqqum, sebagai minyak kotoran yang mendidih didalam perut seperti mendidihnya air yang sangat panas. Itulah makanan orang yang berada di dalam neraka itu.


Pakaian mereka adalah tar yang panas.Mereka selalu saja minta supaya dimatikan tetapi tidak diperkenankan. Mereka menangis dan minta ampun kepada Allah supaya dilepaskan dari azab itu tetapi dikatakan kepada mereka: “Rasakanlah dan jangan bercakap lagi sekarang.” Mereka terus tenggelam di tengah-tengah api yang menjulang-julang itu sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan.Dari Usamah bin Zaid, katanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka sehimgga mendidih perutnya. Kemudian dia meronta-ronta seperti keldai yang digigit ular. Penghuni neraka datang mengerumuninya dan bertanya: “Wahai polan, mengapa begini? Bukankah didunia dahulu engkau selalu mengajak orang berbuat baik dan melarang daripada yang mungkar?” Dia menjawab: “Memang tetapi saya menyuruh orang berbuat baik sedangkan saya tidak melakukannya dan saya melarang yang mungkar sedangkan saya mengerjakannya.”


Diterbitkan oleh:Unit Dakwah Dan Penerbitan (BAKA ) IPK Kedah.


Rujukan :Kitab Jam’ul –Fawaa’id

DOSA MENGUMPAT

DOSA MENGUMPAT
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud : “ Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”. ( Hadis Riwayat Muslim )
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan bertapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.


Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:- Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“ Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat”.
( Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbab )


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah s.a.w “ Wahai orang beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri”.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatat sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “ Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi”.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “ Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakuka nnya”.Maka Allah menjawab: “ Semua itu kebaikan ( pahala ) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti”.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Rujukan: Perpustakaan BAKA IPK KEDAH.
Dakwah Dan Penerbitan ( BAKA ) IPK Kedah
MUAT TURUN ARTIKEL SECARA ONLINE:
Http://bakaipkkedah-wadahnurfadhilat.blogspot.com

DOSA

DOSA
Dosa menurut islam terbahagi kepada dua iaitu dosa kecil dan dosa besar.
Firman Allah s.w.t:
“ Jika kamu menghindari dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, maka kami ampunkan kesalahan-kesalahan ( dosa kecil ) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia ( syurga )

DOSA BESAR
Semua yang dilarang oleh Allah atau semua yang dinyatakan haramnya oleh al-Quran atau sesuatu yang menurut al-Quran atau hadis akan dibalas dengan azab neraka pada hari kiamat. Disebut juga sebagai hal yang dimurkai oleh Allah s.w.t, dilaknat dan dijanjikan siksa yang sangat pedih. Orang yang melakukan dosa besar ini juga disifatkan sebagai fasik.

DOSA KECIL
Firman Allah dalam surah An-Najm maksudnya :-
“ ( iaitu ) orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan yang keji , kecuali salah silap yang kecil-kecil ( yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan ). Sesungguhnya Tuhanmu maha luas keampunan Nya”.
Allah s.w.t memerintahkan semua umat manusia supaya menjauhkan diri daripada semua dosa, tidak kira dosa yang nyata atau tersembunyi, dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang amat keji.

Nabi s.a.w bersabda melalui sebuah hadis Qudsi :-
“ Jika hamba-Ku baru mahu melakukan satu keburukan, janganlah kamu tulis itu satu kejahatan baginya, tapi jika ia sudah melakukannya maka tulislah itu satu kejahatan baginya. Dan jika hamba-Ku baru mahu mengerjakan kebaikan, tetapi belum dilakukannya, maka tuliskanlah baginya satu kebaikan, jika ia sudah melakukannya, maka tuliskanlah baginya 10 kebaikan”.

KESAN DOSA KEPADA MANUSIA
Dosa mengakibatkan hati manusia menjadi gelap. Dan apabila hati sudah gelap maka ia menjadi keras dan orang yang keras hatinya akan jauh daripada Allah s.w.t. Kesannya akan menjadi bibit kejahatan didalam masyarakat yang membawa kerugian didunia dan akhirat.
Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu juga menjadi sebab terhalangnya ia memperolehi rezeki.
Sabda Nabi s.a.w :-
“ Tidak ada yang memanjangkan umur melainkan kebaikan, dan tidak ada yang dapat menolak qadar melainkan doa. Dan sesungguhnya terhalang seseorang memperolehi rezeki, kerana dosa yang dilakukannya”.

DOSA MENYEBABKAN MURKA
DAN SEKSA
Dosa yang diperbuat oleh manusia menyebabkan datangnya murka dan azab daripada Allah s.w.t. Kemurkaan atau azab yang datang ini kadang-kadang berupa bencana alam seperti banjir besar, kemarau, angin puting beliung, gempa bumi dan kadangkala berupa kekacauan politik seperti berlaku pemberontakan dan perang yang mengakibatkan musnah semua yang bernilai di negeri berkenaan.
Didalam al-Quran, telah disenaraikan nama-nama maksiat yang menyebabkan turunnya bala atau malapetaka iaitu kesalahan, dosa, kejahatan, kefasikan, kemaksiatan, keburukan, dan kerosakan. Orang yang melakukannya akan diberi balasan siksa oleh Allah didunia dan akhirat.

Rujukan: Mengenali Dosa-Dosa Besar
Dakwah Dan Penerbitan ( BAKA ) IPK Kedah
MUAT TURUN ARTIKEL SECARA ONLINE:
Http://bakaipkkedah-wadahnurfadhilat.blogspot.com

ORANG YANG TIDAK DIPERKENANKAN DOANYA

ORANG YANG TIDAK DIPERKENANKAN DOANYA
Ketika Ibrahim B. Adham ( seorang ahli tasawwuf yang mahsyur ) berada ditengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Diantara mereka ada yang bertanya:-
“Mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada Nya?. Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:-

1.Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.
2.Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3.Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5.Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7.Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
9.Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa akan keaiban kamu sendiri.
10.Kamu kebumikan jenazah-jenazah orang islam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran ) daripada mereka.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminun ayat 51 :-
“ Hai sekelian Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan beramallah akan yang baik”.

Firman Allah s.w.t lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 172:-
“ Hai sekelian orang yang beriman, makanlah dari segala yang baik-baik yang kami rezekikan kepada kamu”.

Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa sekelian Rasul dan umat manusia disuruh makan makanan yang baik-baik iaitu yang halal yang direzekikan kepada mereka kerana makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah s.w.t.

Berkata Malik . Dinar ( 130 H , seorang periwayat hadis yang sangat wara’ ) bahawa telah ditimpa bencana keatas Israel. Kemudian mereka keluar ke tanah lapang untuk berdoa. Lalu Allah s.w.t wahyukan kepada Nabi untuk diberitahu kepada mereka bahawa mereka telah keluar dengan badan yang najis dan mereka mengangkat kepadaku tangan mereka yang mereka gunakan untuk menumpahkan darah dan memenuhkan rumah mereka dengan benda-benda yang haram. Sekarang, semakin bertambahlah kemurkaan Ku keatas mereka dan mereka makin jauh daripada Ku.

Mutiara Kata
Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa, walaupun adakalanya yang diusahakannya itu gagal.

Rujukan: Hadith 40
Dakwah Dan Penerbitan ( BAKA ) IPK Kedah
MUAT TURUN ARTIKEL SECARA ONLINE:
Http://bakaipkkedah-wadahnurfadhilat.blogspot.com

Blogger template 'CoolingFall' by Ourblogtemplates.com 2008